“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Hadif. Hadif tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Hadif mencubit pipi Liyana lembut. “Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Hafiy meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liyana hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Hadif berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Hafiy dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liyana. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Hadif berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Hadif menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Hadif semakin seronok. Hadif dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Hadif cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Hadif masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liyana terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 Liyana takut.” Liyana cuba memujuk Hadif supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liyana?tak ada apa-apa,” Hadif terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Hadif setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liyana tengok abang motong dia aaa….” Hadif terus masuk gear 5, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Hadif terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!
“Hadif….bangun dif,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Hadif membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liyana mak? Macammana dengan Liyana mak? Farah, Hafiy….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Hadif menyoal emaknya. Hadif tak dapat menahan kesedihannya lagi. Hadif menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Hadif tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Hadif mak, Liyana?” Hadif masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Hadif ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Hadif terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? “Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….
…Dan Hadif tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian.
Moral: Jangan tido waktu senja nanti senang kena ganggu dgn setan
No comments:
Post a Comment