ADDICTED - welcome to my life

Thursday, May 31, 2012

copy paste je..hehe



blajaq cakap Kedah

haaa...kepada semua sesiapa saja lee yg nak blajaq cakap Kedah first sekali kalo ampa semua noticed...org utara ni esp kedah ngan penang kalo cakap volume dia kuat sikit...perasan dak...
org kedah ni ckp dia slalu nya ujung dua sebut 'a' laaa... pas tu kalu cam ujung dia ada huruf 'r' selalunya di pronouns kan sbg 'q'.pas tu lagi satu slalunya cam rumah disebut 'ghumah'

air = ayaq
dahaga air = lapaq ayaq
beritahu/bagi tau = habaq
basikal = beskat/gheghek(gerek)
cuai/clumsy = cemerkap (cemeghekap)
tidur = tidoq
tidoq tak jeghap = tidor tak puas
saya = Chek
awak = hangpa
kamu = hang
mereka = depa/lepa ('e' adalah pronouns dlm ekor)
yang = hat
tension = sakit pala
kicap=toyu
pondan=darai
air kumbah= ayaq acaq
pukul=tibai
lagu ni = 'macam ni'
segan = malas
gila/tak betui = loqlaq
eksyen/megah = ciwi
kelam kabut = kalut
conteng = coghiang
sawah = bendang
jalan tat = jalan tar
kekwat = kerek = sombong...berlagak
Gemuk = Topui
pergi=pi=gi
pasai pa=gena
manja=merap
ceruk=lachuk
bosan=cemuih
menyebai = merajuk
nalanya jauh = jauh sangat...
tertomoih = jatuh tersembam
tat sat = sebentar tadi
Serlum = pakai ?.eg: serlum kasut, serlum" stoking, serlum" baju
dan = sempat
tak dan dan = tak sempat sempat
nyok = nyiur = kelapa
hawin = lempaq/lempar
tauk = buang
sigung = menyiku
handuh = ghimbuk = pukul (dgn benda mcm kayu)
ketumbil = ketumbit
tukul=merton
rojak (bahasa selatan)=pasembur
rojak buah (selatan)=rojak
pencuri = kawaq
hawin = punggai = lempaq = baling (benda)
melengung = termenung
air paip=epek (cemana ntah sebutnya)
beghetuh = maksudnya berlaga atau berlanggaq
seneghih = calaq
menyoronot = sembunyi
benyai ? lembik?eg kalo nak rebuih kacang bendi tu jgn lama 
sangat...satgi
benyai"
seluloi = selalu
ngenjot = menari
kebuloq = mentekadarah...(betoi ke dak ntah la..rasa-rasa betoi)
tibai = besit = pukui..
pukui = pukul (masa) = jam
lecah = lopak
selut/keleboq = lumpoq / lumpur
segheyat = berenti (hujan)
cedoq ayaq = ceboq ayaq = cebok air
kelippoq2 (mata) = pejam celik-pejam celik
hawin = punggai = lempaq = baling (benda)
simboq = tempias (hujan)
tubik = terbit = keluar
sua = hulur
menyorok = sarapan
eg: Hang dah menyorok dak laghie nie? makna : awak dah sarapan pagi ke belum?

Lagi takleh ingat tang ciwi ni...hehehehe...slalu kena tang ciwi batat...
pelaq betoi...hehehehhe

kepak (bukan kepak ayam yer-e tu bertanda) =:mematahkan sesuatu yg keras dgn tangan
contoh ayat: "aku kepak tulang belakang ang satgi!"
REBAN (gheban)= RUNTUH)...mcm reban ayam tu lee cecara 
penyebutannya....

pegi penang-pi tanjong
eg: kedah panggil penang 'tanjung' dan bahagian penang yg tanah besar (butterworth dan sewaktu dgn nye) depa panggil 'bagan'.yg penang pulau tu depa panggil 'tanjung'. lagi satu lima sen tu lima ret...paling kurang faham pun sekupang lima duit

ni plak penjodoh yg digunakan setiap kali guna sesuatu pktn tu:-
manis sangat = 'manis melecaih'
tawar = 'tawaq hebiaq' (e dalam ekor)
pahit = 'pait bedengung'

kalau kat tempat lain ada beza roti dan biskut ni tapi kalau kat kedah majoritinya dipanggil roti . misalannya, 
roti mengali = roti macam gardenia yg potong2 atau sebijik
roti marie = biskut bulat
roti semekut = roti bulat / panjang ( lebih kurang la )
roti 4 sagi = biskut mayat/biskut 4 segi/biskut lemak/jacob punya tu ..
yg lain2 aku tak ingat la ... roti canai ja maintain "

p/s: ampa perasan dak satu benda kalo kita pi makan kat kedai...waiter tu
nanti mai tanya kat kita "nak makan/minum apa tak tau?" instead of "nak minum/makan apa?"

anak sapa orang kedah sini? mai sat tolong check nota ni? kalau salah habaq la?

Monday, May 28, 2012

sunnah2 Rasulullah

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.