Cepat sungguh masa berlalu, aku hanya berusia 5 tahun ketika keluargaku berpindah ke Shah Alam. Kini aku sudah dewasa, akan tetapi aku masih lagi terkenang kampung halamanku di Gong Badak, Terengganu. Aku tidak mengunjungi kampungku sejak atuk dan nenekku belah ibuku meninggal dunia kira-kira 10 tahun yang lalu. Aku hanya mengunjungi kesana pada hari raya sahaja. Walaupun hanya 2,3 hari sahaja, namun ia cukup untuk membuat aku gembira dan dapat berjumpa dengan saudara maraku.
Terdapat banyak kenangan yang manis dan tidak kurang juga kenangan pahit ketika aku bersekolah di situ dahulu. Kenangan manis yang aku masih ingat , ketika aku sedang berjalan jalan seorang diri. Tiba-tiba ada seorang pakcik memberi ku tiket perlawanan bola sepak Terengganu melawan Kelantan. Alangkah gembiranya aku, pakcik itu memberi bukan sahaja satu tetapi 4 tiket. Tiket ini bukan mudah untuk diperolehi, kerana harganya mahal dan terlalu ramai orang yang hendak membelinya. Bak kata pepatah 'Mahal dibeli sukar dicari.'
Kenangan pahit yang paling sangat sukar untuk kulupakan ialah ketika aku dan rakanku berjalan didalam hutan berdekatan dengan kampung ku. Ketika aku dan rakanku sedang berjalan sambil sibuk berbual tentang sekolah, secara tiba-tiba aku merasakan seperti aku tersepak suatu benda yang besar dan berbulu. Aku bertanyakan kepada rakanku tentang benda yang aku tersepak, dia sendiri tidak tahu kerana ketika itu sudah gelap. Aku membuka lampu suluh ku dan menghalakan lampu suluh itu ke arah benda itu, alangkah terkejutnya aku dan rakanku apabila mengetahui benda itu adalah seekor babi hutan!. Aku dan rakanku berlari lintang pukang, disebabkan ketika itu cuaca sudah gelap, rakanku terjatuh akibat tersepak dahan kayu yang besar. Babi itu menyondol rakanku di bahagian punggung, aku sempat melarikan diri. Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau.
Cukuplah untuk kenangan manis dan pahit. Sewaktu aku kecil, banyak aktiviti lasak yang aku sering lakukan di kampung ku ini. Aku selalu bermain bersama di paya, bukit dan taman permainan bersama saudara dan rakanku. Tetapi sekarang tidak sama seperti dulu kerana kawasan yang aku selalu bermain telah berubah menjadi kawasan perumahan.Bukan itu sahaja, asap-asap kenderaan dan kilang telah menjejaskan udara yang segar dan nyaman di kampung ku yang indah ini. Hatiku betambah sakit dan sedih apabila pokok-pokok di kampungku ditebang oleh kerajaan untuk mendirikan bangunan.
Tetapi terdapat sesuatu yang kerajaan tidak boleh hapuskan, iaitu makanan disini. Makanan yang paling popular dan makanan kegemaranku iaitu keropok lekor. Setiap petang di rumah nenekku, mak aku akan selalu menyediakan kerepok untuk semua orang. Selalunya Selepas makan, aku dan saudaraku akan pergi ke sawah padi untuk berehat.
Di sawah padi ini sungguh nyaman sekali bahkan bebas daripada pencemaran udara. Setiap kali aku datang sini, aku akan tersenyum melihat kanak-kanak yang ceria bermain bersama rakan mereka. Kanak-kanak itu mengingatkan aku sewaktu aku kecil, aku selalu bermain disini.
Setiap malam aku dan saudaraku akan menziarahi rumah saudara mara ku. Ia seperti sudah menjadi kebiasaan menziarahi rumah saudara pada waktu malam, sebaik pulang dari masjid. Aku akan berborak bersama mereka, bermain game, dan bercerita. Ia membolehkan kita berasa lebih gembira dan tenang. Sambil aku berborak, aku dan saudaraku akan berjalan jalan sekelilingi kampung. Mengetahui selok belok jalan pintas kampung itu, tahu dimana terletaknya kedai-kedai yang baru, itulah yang aku dapat daripada berjalan-jalan bersama saudaraku yang sudah tahu dengan tempat ini.
Aku berharap ibu bapaku selalu membawa ku ke sini, bukannya waktu hari raya sahaja. Malahan cuti sekolah juga. Aku tahu ibu bapaku sibuk dengan kerja mereka, tetapi sekali-sekala perlulah datang melawat saudara mara.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment